
Apr 18, 2022
_Selamat Menyambut_ Nuzul AL QURAN
Hari esok 19 April 2022 adalah hari Nuzul Quran (bermula sebaik sahaja masuk maghrib hari ini 18 April 2022). Maka malam ini ialah malam Nuzul Quran.
Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan,
Malam ini adalah malam 17 Ramadhan 1443H & juga malam Nuzul Al Quran
_DOA MALAM NUZUL QUR'AN:_
Bismillahirrahmanirrahim
Allaahumma nawwir quluubanaa bi tilaawatil qur aan, wa zayyin akhlaaqonaa bijaahil qur aan, wa hassin a'maalanaa bi dzikril qur aan, wa najjinaa minan naari bi karoomatil qur aan, wa adkhilnal jannata bi syafaa'atil qur aan.
*_Maksud Doa Ini_ :*
"Ya ALLAH sinari hati kami dengan membaca al Quran. Hiasi akhlak kami dengan kemuliaan al-Quran.
Baguskanlah amalan kami dengan berzikir serta bertadarus al-Quran. Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan al-Quran. Masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan syafaat al-Quran."
Ya Allah… Ya Rahman Ya Rahim..Ya Muhammad…
Aku memohon kepada-Mu, Muliakanlah kami.
Bahagiakan Keluarga kami.
Kuatkan iman kami.
Berkahi rezeki kami.
Beri kenikmatan dalam beribadah.
Hiasilah hati kami dengan kesabaran dan kasih sayang,
Yaa Allah ya Rabbil Izzati..
Jadikan kami termasuk orang yang Engkau RAHMATI dalam 10 hari pertama Ramadhan.
Yang Engkau AMPUNI dosa2nya dalam 10 hari yang kemudian.
Yang Engkau BEBASKAN dari api Neraka dalam 10 hari terakhir.
Dan Engkau beri kesempatan kami untuk bermunajat kepada-Mu di malam Lailatul Qadar.
Kabulkanlah doa-doa kami, peliharalah kesihatan kami dan berilah kecintaan kami kepada Mu dan kepada Al quran..
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin 🤲
SALAM NUZUL QURAN DAN SELAMAT BERIBADAH UNTUK 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN
#260NQA
#iamceo
#PG17million
#everythingispossible
#pgtakafulbusinessbuilder